Selasa, 28 Disember 2010

Berita Mahkamah Dadah 3

Pelajar 16 tahun antara 66 dicekup

HULU TERENGGANU 26 Dis. - Usianya baru menjangkau 16 tahun, namun seorang remaja lelaki anak kepada peneroka di sini sudah terlibat dengan penagihan dadah sejak berusia 15 tahun lagi.
Biarpun tahu perbuatan yang dilakukan salah di sisi undang-undang namun remaja lelaki ini tidak pernah gentar, malah terus menjadikan tabiat buruk mengambil pil kuda sebagai rutin hariannya.
Bagaimanapun suspek yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini, dicekup polis dalam Ops Tapis Bersepadu awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt. Roslan Abd Wahid berkata suspek ditahan kira-kira pukul 3 pagi dalam serbuan di rumahnya di Felda Jerangau Barat.
"Suspek dibawa ke Balai Polis Ajil untuk menjalani ujian saringan air kencing. Hasil ujian itu mendapati dia positif dadah jenis pil kuda dan pelajar itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Menurut Roslan dalam operasi itu, seramai 87 telah diperiksa dan 66 daripadanya didapati positif dadah, semua suspek berumur antara 16 dan 40 tahun yang kini direman untuk siasatan lanjut.
"Selain positif dadah, ada yang ditahan disiasat kerana terlibat dalam memiliki dan mengedar dadah," kata beliau.
Katanya, turut dirampas dalam operasi itu sejumlah dadah jenis heroin, syabu dan sebiji pil kuda.
Operasi disertai 66 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dengan diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, DSP Amran Ramli. - BERNAMA

Berita Mahkamah Dadah 2

Mahkamah tolak permohonan reman terhadap 2 anggota polis

PETALING JAYA 27 Dis. - Polis hari ini gagal mendapatkan permohonan reman terhadap dua anggotanya yang berpangkat konstabel bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan mencederakan seorang lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Kota Damansara di sini pada 18 Disember lalu.
Permohonan reman itu ditolak oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mendengar hujah daripada peguam bela suspek, Suraj Singh.
Suraj ketika menemui pemberita berkata, dia memohon anak guamnya supaya tidak direman kerana mereka berdua ialah anggota polis.
"Mereka (suspek) tidak perlu direman kerana masih anggota polis dan terikat dengan undang-undang pasukan.
"Jika diperlukan untuk membantu siasatan, anak guam saya pasti dapat hadir dan memberikan keterangan seperti yang dikehendaki kerana mereka faham dengan kerjasama yang perlu diberikan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dua anggota terbabit berusia 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Damansara ditahan semalam selepas didakwa mencederakan mangsa, Chia Buang Hing, 34.
Buang Hing sebelum itu ditahan dalam sekatan jalan raya kerana gagal mempamerkan cukai jalan selain disyaki memiliki dadah dan parang.
Kedua-dua anggota polis itu turut didakwa mencuri wang tunai sebanyak RM13,000 milik mangsa.
Berikutan itu mangsa telah membuat satu laporan polis pada 23 Disember lalu iaitu sehari selepas dia menjalani tahanan reman selama empat hari dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan Seksyen 379 kanun yang sama iaitu mencuri.

Berita Mahkamah Dadah

4 warga Taiwan terlepas tali gantung

JOHOR BAHRU 27 Dis. - Empat lelaki warga Taiwan terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar seberat 43.033 kilogram (kg) dadah jenis nimetazepam, Mac tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, M. Gunalan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh iaitu Chung Sheng Wen, 37; Chang Yen Min, 36; dan Chang Yun Sheng serta Wu Sheng Yuan, masing-masing berusia 32 tahun.
''Pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kesemua tertuduh berada di premis berkenaan tetapi gagal membuktikan bahawa mereka terlibat dengan kegiatan memproses dadah berkenaan.
''Pendakwaan juga gagal membuktikan penglibatan tertuduh secara langsung dalam memiliki peralatan dan bahan bukti yang dirampas daripada premis berkenaan. Oleh itu kesemua tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan,'' katanya.
Keempat-empat warga Taiwan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kilang beralamat nombor 12, Jalan Angkasa Emas 6, Kawasan Perindustrian Tebrau 2 di sini kira-kira pukul 5.30 pagi, 22 Mac 2009.
Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan itu merupakan pertuduhan pindaan selepas mereka pada 3 April tahun lalu dituduh mengedar dadah jenis Eramin 5 seberat 1,439 kg di kilang itu pada tarikh dan waktu yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar yang mengendalikan pendakwaan sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa kesemua tertuduh yang ditahan di kilang berkenaan terbabit memproses dan mengedar dadah tersebut.
Bagaimanapun, peguam bela tertuduh-tertuduh, Naran Singh dan G.K. Sritharan pula berkata, ketika serbuan di kilang itu, kesemua lelaki terbabit berada di tingkat atas bangunan dan tidak mengetahui sebarang aktiviti di bahagian bawah kilang.
''Pihak pendakwaan hanya bergantung kepada sesetengah bukti sahaja. Selain itu, tiada bukti khusus mengaitkan mereka terlibat secara langsung dengan kegiatan memproses dadah atau mengetahui tentang perkara itu,'' katanya.
Beliau berkata, pihak pendakwaan juga gagal memanggil saksi utama iaitu pengawal keselamatan dan penyewa bangunan berkenaan untuk memberikan keterangan.

Jumaat, 17 Disember 2010

BERITA DADAH LUAR NEGARA

Pengawal temui makmal proses dadah dalam penjara di Brazil

18/12/2010 2:48am


RIO DE JANEIRO 18 Dis. - Sebuah makmal pemerosesan dadah dipercayai didalangi oleh satu sindiket penjenayah ditemui beroperasi di sebalik dinding palsu bilik berjeriji dalam penjara daerah Amazon di Brazil, kata para pegawai semalam.
Para pengawal yang membuat pemeriksaan harian ke bilik-bilik penjara itu turut menemui peralatan haram untuk pemerosesan dadah berupa sekilo serbuk kokain bersama 27 telefon dan 20 kontena bahan kimia seperti aseton dan gas dalam makmal serba lengkap di Caceres itu, kata jurucakap pengawal yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut.
Leftenan kolonel Jadir Metelo, komander polis tempatan ketika mengesahkan menerima maklumat itu memberitahu akhbar O Globo, komplot itu menyediakan dadah itu untuk dijual dalam penjara berkenaan.
Warden penjara dikatakan terlibat atau tahu kewujudan makmal dadah didalam penjara itu, namun siasatan masih diteruskan oleh pihak pentadbir penjara. - AFP

BERITA TENTANG DADAH HARI INI

Pengedar dadah maut terjun flat dari tingkat empat

SHAH ALAM 17 Dis. - Seorang lelaki yang dipercayai pengedar dadah maut selepas nekad terjun dari tingkat empat sebuah flat ketika polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bunga Negara, Seksyen 27, di sini semalam.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika empat anggota dan pegawai polis cawangan narkotik di sini, menyerbu premis tersebut hasil maklumat wujudnya kegiatan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika serbuan, terdapat enam lelaki berusia 19 hingga 27 tahun di dalam rumah itu, manakala dua lagi berjaya melarikan diri.
Katanya, suspek adalah antara dua lelaki yang melarikan diri melalui bahagian belakang rumah berkenaan apabila menyedari rumah itu diserbu polis.
"Anggota polis segera ke bahagian belakang rumah itu dan menemui mayat seorang lelaki terbaring di laluan pejalan kaki di belakang flat berkenaan.
"Siasatan mendapati suspek yang berusia 29 tahun ialah pengedar dadah jenis syabu dan memiliki dua rekod lampau membabitkan dadah serta menyimpan barang curi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Zahedi menambah, polis merampas satu peket dadah jenis syabu seberat 0.5 gram, dianggarkan bernilai RM50 daripada salah seorang lelaki itu.
Katanya lagi, mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini untuk bedah siasat.

AKIBAT PENAGIHAN DADAH

Akibat Penagihan Dadah
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-
1. Kesan Kepada Penagih
• Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
• Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
• Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
• Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
• Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga
• Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
• Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
• Rumah tangga menjadi porak peranda.
• berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
3. Kesan Kepada Masyarakat
• mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.
• Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
• Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara
• Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :
• Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
• Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.
• Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
• Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku.
• Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
• Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

PENYALAHGUNAAN DADAH


PENDAHULUAN
Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat
mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yang
agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat
Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar
kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia
menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk
menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk
membasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk
akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV
(Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome).
Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah
mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat
ini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.

SERANGAN MUSUH ISLAM

Kita tahu bahawa musuh-musuh kita amat tidak suka melihat perkembangan Islam yang
begitu maju dan terkehadapan dalam banyak segi. Mereka sentiasa mencari berbagai cara
bagi menjatuhkan Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umat
Islam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya dan inilah yang
dibawa oleh musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar kehidupan kita kadangkala
terlupa tentang jerat yang menanti kita.

APA ITU DADAH?

Mengikut Risalah kecil 'Islam Memusuhi Dadah' yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas
Khas Anti dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993,
telah memberi penjelasan seperti berikut : Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan
mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang
berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat,
negara dan agama Islam. · Takrif ini tidak meliputi alcohol dan tembakau serta ubat yang
juga merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan , mencegah
atau mengubati penyakit.

JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu : 1. Depresan - termasuk heroin,
morfin, candu, kodein dan barbiturat. 2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam ,
pelarut organik seperti benzin dan cat. 3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD,
PCP,’Crack’ dan bahan yang mengandungi psilosibin.

MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH D

alam menjamin kesejahteraan hidup, Islam telah menetapkan
panduan-panduan dan larangan-larangan dalam pengambilan bahan makanan atau barang
gunaan agar umatnya tidak terjerumus dalam mengambil benda-benda yang ditegah. Ini
semua adalah untuk memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara
akidahnya. Kita sering mendengar pepatah arab yang menyebut : 
Maksudnya :' Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat'. 

Ini bermakna hubungan di antara akal (mental/spritual) dan badan (fizikal) amat berkaitrapat dan akan
memberi kesan yang mendalam di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, Islam menggesa 
umatnya supaya mengambil makanan yang baik dan halal termasuklah bersih dan 
berkhasiat . Tegahan mengambil benda/bahan makanan yang kotor, jijik dan keji serta yang 
ditegah adalah jelas dilarang sama sekali termasuklah mengambil benda-benda yang 
memabukkan seperti dadah. Kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan mental/spritual 
maka ia amat mempengaruhi kesempurnaan amal ibadat seseorang. Sebagai umat Islam, 
kita perlu mengetahui bahawa dadah adalah sejenis ‘bahan’ kotor, najis, jijik dan keji yang 
boleh merosakkan kesihatan tubuh badan kerana sifatnya yang memabukkan/
mengkhayalkan. Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam 
larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam 
al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 berbunyi : 
Maksudnya : '… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu 

sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …'

HUKUM

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan
kepada arak. Dalam al Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil
pengharaman ini bersandarkan kepada keterangana nas-nas (al-Qur’an dan al hadith)
kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang
menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu
‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan
masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi : 
Maksudnya :' Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram'.
(Riwayat Muslim)

 KESAN PENGAMBILAN DADAH 
i. Dadah Menghancurkan Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan
berbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang
diperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk 
membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli 
keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah
at-Tahrim ayat 6 yang berbunyi : 
Maksudnya : '...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka… '.

 Rasulullah s.a.w bersabda : 
Maksudnya : ' Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di
bawahnya '. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) 

ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah :
Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber
kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang
punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan
jenayah sama ada mencuri, memeras ugur, merompak atau membunuh. 

iii. Dadah Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang
sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat
mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai
tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiri
dari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup,
dibenci masyarakat dan membebankan negara.

 iv. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS : Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan menggunakan 
berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya melalui suntikan pada
anggota badan. Bagi yang tidak mempunyai cukup wang, mereka sanggup berkongsi jarum
dan cara inilah yang menyebabkan menularnya penyakit tersebut.
Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini masih belum dapat dirawat sepenuhnya,
hanya bertahan untuk satu waktu yang tidak dapat dipastikan.

Dalam kes seperti ini sama ada penagih itu mengidap penyakit atau sebagai pembawa
penyakit, mereka seringkali dipandang hina oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri
termasuk isteri/suami dan anak-anak. Masyarakat juga takut diri mereka dijangkiti penyakit
tersebut. Masalah ini kadangkala menjeruk hati dan perasaan pasangan berkenaan kerana
berada dalam keadaan serba salah.

v. Dadah Membunuh Diri Sendiri :

Di atas larangan yang paling besar perlu dipastikan oleh umat Islam ialah tidak dibenarkan
membunuh diri sendiri walau dalam keadaan apa sekalipun, dan mengambil dadah boleh 
membawa kepada kematian. Tegahan membunuh diri jelas dalam al-Qur’an, 
Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 151 berbunyi :

Maksudnya :' …dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan 

dengan jalan yang hak.…'

Penutup :

Islam amat menitikberatkan mengenai kesejahteraan hidup umatnya. Dalam banyak perkara, 
keutamaan terhadap keimanan seseorang adalah menjadi tunjang utama untuk mencapai
kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Jelaslah syariat Islam diturunkan adalah untuk
memelihara kewujudan ummah dengan memelihara perkara-perkara asas iaitu jiwa, akal,
keturunan, agama, kehormatan di samping mengharamkan segala yang boleh
merosakkannya. Insya Allah, kita semua akan dijauhi dari bahaya dadah ini.

KISAH TELADAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH II

"Rahimah.. nama yang menjadi siulan dan igauan anak muda di Felda., siapa yang tak kenal Imah anak gadis Hj Dollah yang menjadi sebutan ramai .. jika dia berjalan pasti ramai mata yang memandang, bagi pemuda-pemuda Felda disitu Imah dilahirkan dalam satu pakej yang sempurna, cantik, kulitnya putih bersih, tinggi lampai, bersopan santun dan berbudi bahasa, memang sesuai untuk dijadikan suri di hati mereka.Bukan setakat pemuda sahaja yang terpikat dengan Imah, Kaum Ibu juga begitu, hati ibu mana yang tidak terpikat bila melihat seorang gadis yang soleha, tidak pernah mengabaikan Suruhannya, sentiasa bertudung litup jika berjalan, cantik dan berbudi bahasa pada orang tua, semuanya mengharap Imah bakal menjadi menantu mereka. Tapi tidak sebegitu mudah Imah diibaratkan seorang puteri yang tinggal di puncak menara dan dikawal naga yang bersedia menyemburkan api pada siapa yang mendekatinya, siapa yang tak kenal ayahnya Hj Dollah guru silat terkenal dan dua abangnya Imran dan Herman orang kuat Umno dan belia kawasan itu, tiada sesiapa berani mengacaunya kerana takut dan segan dengan ayah dan abang-abangnya.
Hj Dollah begitu mengawal dan mengambil berat tingkah laku anaknya kerana Imahlah satu-satunya anak gadisnya, setiap masa pasti dia mengawasi dengan siapa anaknya bergaul dan jika Imah mahu pergi kemana-mana sama ada dia atau anak lelakinya pasti menemaninya. Imah langsung tidak berkesempatan untuk bergaul dengan teman-teman, selepas tamat persekolahan hidupnya terkurung di dalam rumah menjaga makan-minum ayahnya setelah kematian ibu dan melayan anak-anak abang sulongnya, Imah ingin juga keluar ke bandar berjalan-jalan bersama teman-teman namun tidak dibenarkan oleh ayahnya dengan alasan takut dia terpengaruh dengan gejala tidak sihat. Sebagai
seorang gadis yang sedang meningkat usia Imah tidak terlepas daripada perasaan cinta dalam banyak-banyak pemuda yang cuba memikatnya dia telah terpikat dengan Salleh pemuda di sebelah rumahnya, nampaknya Imah tidak bertepuk sebelah tangan Salleh juga begitu, bibit-bibit percintaan mula terbit dari hanya berbalas pandang mereka sudah mula rajin berbicara di telefon ataupun berutus surat, walaupun Imah tahu akibatnya jika perbuatannya diketahui oleh ayah atau abangnya, namun demi cinta dia sanggup menghadapi semua itu. Janji telah dimeterai antara mereka berdua untuk hidup bersama setelah lebih setahun berhubungan secara rahsia dan Salleh menyuarakan hasrat untuk mengambil Imah sebagai suri hidupnya. Namun mereka hanya mampu merancang jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Salleh begitu kecewa bila mengetahui Hj Dollah menolak pinangannya dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, alasan yang tidak dapat diterima kerana sejak bapanya meninggal dunia dan sebagai anak sulong dialah yang menguruskan segala kerja di kebun kelapa sawit adakah itu bukan pekerjaan???..
Imah sedih atas keputusan ayahnya namun dia akur kerana ayahnya mungkin menpunyai alasan tersendiri menolak pinangan Salleh, seminggu selepas itu ayahnya menyuarakan hasrat untuk menjodohkannya dengan anak kepada sahabat lamanya semasa dalam anggota polis dahulu dan pemuda itu bekerja Kuala Lumpur sekarang. Sebagai anak yang taat kepada orang tuanya Imah tidak menolak hasrat bapanya walaupun hatinya masih terpaut pada Salleh tapi dia redha mungkin itu sudah jodohnya. Enam bulan selepas itu berlangsunglah perkahwinan antara Rahimah dan Suhaimi calon pilihan ayahnya dan pada hari itu juga musnahlah angan-angan pemuda-pemuda yang cuba memikat Imah terutama Salleh dan seminggu selepas perkahwinan Imah, Salleh bertunang dengan gadis pilihan ibunya maka berakhirlah kisah percintaan yang tak
kesampaian dan bermulalah peristiwa sedih dalam kehidupan Imah kemudiannya.
Sebulan selepas perkahwinannya Imah mengikut suaminya di Kuala Lumpur maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa.Setahun sudah berlalu dan Imah kini mengandung anak sulong mereka namun sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang dia menpunyai satu kemusykilan setiap kali pulang ke kampung suaminya pandangan jiran tetangga terhadap dirinya dan suami begitu dingin mereka seolah-olah seperti mendendami mereka , Imah ada menyuarakan pada ibu mentuanya tapi seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu.. masuk dua tahun usia perkahwinan mereka Imah sudah dapat merasakan perubahan pada suaminya, Suhaimi sudah jarang pulang ke rumah dan sering saja keputusan wang walaupun baru seminggu mendapat gaji, yang menjadi mangsa Imah habis semua barang-barang kemas pemberian arwah ibunya habis di gadai suaminya dengan alasan mencukupkan modal untuk menjalankan perniagaan. Kerana sering keputusan wang Imah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan bagi menampung keperluan keluarganya.
Sejak Imah mula bekerja sikap buruk suaminya semakin ketara habis duit gajinya diambil oleh suaminya jika dia membantah, pasti tangan dan kaki naik ke badan, dia tidak menyangka nasibnya akan jadi begini, jika tidak kerana mengenangkan anaknya yang masih kecil hendak saja dia lari balik ke rumah ayahnya.Oleh kerana tidak sampai hati melihat nasib Imah akhirnya kakak iparnya yang tinggal berhampiran rumahnya membuka rahsia yang suaminya ialah seorang penagih dadah sejak remaja lagi dan sebelum berkahwin dengan Imah, Suhaimi baru saja keluar dari Pusat Serenti dan keluarganya mengambil keputusan mencarikan jodoh untuknya dengan harapan dia dapat melupakan najis dadah itu. Imah terkedu bila mendengar cerita dari akak iparnya dia tidak menyangka selama ini dia di tipu bulat-bulat oleh keluarga mentuanya, dia tahu jika ayahnya tahu dulu pasti pinangan suaminya ditolak mentah-mentah dulu. tapi apakan daya nasi dah menjadi bubur, hendak dia sesalkan pun tidak berguna lagi, Suhaimi sudah menjadi suaminya yg sah.
Sejak dari itu jiwa dan sanubarinya semakin tertekan, keadaan suaminya semakin lama semakin teruk hingga sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan benda haram jadah tu..sepak terajang, tumbuk,tempeleng dan maki hamun sudah menjadi perkara biasa bagi Imah setiap hari, jika datang gian suaminya dan dah tak berduit untuk beli benda tu Imahlah yang menjadi mangsa jika tidak diberi lebamlah seluruh badannya dikerjakan suaminya Ingin saja dia mengadu pada Ayah dan abangnya namun dia tidak mahu menambah derita ayahnya yang baru pulih dari serangan jantung biarlah dia saja yang menanggung semuanya.Dalam keadaan rumahtangganya yang kucar-kacir itu Imah telah disahkan mengandung lagi, dia redha dengan pemberian tuhan walaupun dia tahu sukar untuknya menjaga anak itu bila lahir nanti dengan keadaannya begitu. Masuk kandungannya 3 bulan suaminya Suhaimi dimasukkan semula ke Pusat Serenti semula setelah ditangkap dalam operasi Polis ke atas penagih dadah di kawasan itu, perasaannya sedih bercampur lega, sedih kerana dalam keadaannya begitu suami tiada disisi namun dia lega kerana buat sementara dia selamat dari segala deraan dari suaminya. Berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan keluarganya, hanya deraian airmata saja yang dapat menjawab pertanyaan ayah dan abangnya ketika mereka mengunjunginya Keputusan telah dibuat untuk membawa balik Imah ke kampung dan dia telah membulatkan
tekad untuk membawa perkara ini ke Mahkamah syariah setelah didesak oleh abangnya. Kepulangan Imah ke Felda itu dipandang sinis oleh jiran tetangga, semuanya seperti memulangkan buah keras kepada Hj Dollah yang terlalu memilih menantu akhirnya penagih dadah yang dipilih Mungkin kerana tekanan dan keadaan tubuhnya yang lemah menyebabkan Imah mengalami keguguran dan ditahan di Wad selama seminggu, semasa didalam wad berdetik hatinya kerana sudah 4 kali darahnya diambil oleh doktor dengan alasan untuk membuat analisa.. dan masuk hari ke sembilan doktor telah memanggil dan menerangkan kepadanya setelah membuat analisa pada contoh darahnya dia didapati HIV positif berita itu betul-betul meragut seluruh jiwa dan raganya, lemah terus badannya, berpinar matanya dan fikirannya terbayang saat akan kematiannya nanti hanya linangan air mata membasahi pipinya sambil memeluk erat tubuh tua ayahnya.. bila doktor bertanya akan latar belakang kehidupnya tak terkata olehnya kerana dia tahu siapa yang menyebarkan virus itu kepadanya perasaan benci yang membuak-buak terhadap suaminya sudah tidak tertahan lagi.. mengapa suaminya yang melakukan dosa tapi dia yang patut menerima akibatnya.
Setelah dibuat pemeriksaan keatas suaminya di Pusat Serenti doktor mengesahkan yang suaminya pembawa virus HIV dan Suhaimi sendiri mengesahkan dia berkongsi jarum suntikan semasa mengambil dadah. Setelah menerima berita itu saban hari Imah hanya termenung dan menangis mengenangkan nasib malangnya namun dia bersyukur kerana satu-satunya zuriatnya bebas dari penyakit ini. Berita Imah dijangkiti HIV mengemparkan penduduk Felda disitu, semuanya bercerita tentang topik yang sama, tetapi bukan sempati yang diterima tapi cacian dan hinaan yang dilemparkan sehingga ada yang menabur fitnah Imah menjadi menjadi pelacur semasa di KL dulu. Imah tidak menduga hingga begitu sekali hinaan yang diterima dari masyarakat disitu, tidak tahukah mereka penderitaan yang ditanggungnya ingin saja dia bersemuka dengan mereka yang menabur fitnah padanya menyatakan cerita sebenarnya, tapi dia tidak mampu menutup mulut orang yang mengata, dia hanya berdoa pada Tuahan supaya tabahkan hatinya dalam menempuh hari-hari terakhir dalam hidupnya.
Dua tahun sudah berlalu setelah dia disahkan HIV positif, namun dia masih mampu bernafas lagi walaupun virus ini sudah memamah keseluruhan tubuhnya, Imah tahu dia hanya menpunyai waktu yang sedikit untuk melihat kecantikkan duniawi sebelum menghembuskan nafas terakhir. Suami penyebab dia menjadi begini hilang tanpa dikesan setelah berjaya melarikan diri dari tahanan Pusat Serenti, namun dia puas akhirnya dia berjaya memutuskan ikatan perkahwinan dengan Suhaimi. Selama dua tahun jugalah dia tabah melalui liku-liku kehidupan sebagai pesakit AIDS sehingga kadang kala dia tidak mampu lagi untuk menerima segala penghinaan dan cacian dari segelintir masyarakat setempat. Sehingga pada satu tahap dia tidak dibenarkan lagi bersembahyang jemaah di surau yang selama ini dilakukannya sejak belum berkahwin dulu dengan alasan takut telekung dan sejadah yang digunakannya mungkin mengandungi virus HIV??????. Setiap kali dia keluar bersiar bersama anaknya sekitar kawasan situ pasti ada suara-suara sumbang yang mengata dan menjauhkan diri darinya seolah-olah dia orang asing di kampungnya sendiri. Setiap kali menjelang hari lebaran kunjungan yang dilakukan pasti tidak mendapat layanan, tangan yang dihulur tanda kemaafan disambut dengan dengan wajah kebimbangan sehingga tiada seorangpun jiran-jirannya yang sudi datang menziarah rumahnya, seolah-olah siapa yang datang kerumahnya pasti akan menerima jangkitan HIV. Jika dulu dia dianggap gadis yang sempurna dan menjadi idaman pemuda dan kaum ibu sebagai calon isteri dan menantu tapi kini Bukan dia saja yang menerima penghinaan dan pemulauan masyarakat tempiasnya juga diterima oleh ayah, anaknya dan abang-abangnya, tiada siapa lagi yang mahu menggunakan khidmat ayahnya sebagai tukang masak, Abangnya tidak lagi dipilih sebagai ketua belia dikawasan itu dan anaknya
diejek dan dihina oleh kanak-kanak lain hingga tidak dibenarkan bermain bersama Kerana tidak dapat menanggung penghinaan dari masyarakat kampung akhirnya ayah kesayanganya menghempuskan nafas terakhir sebelum dia, kini dia hilang tempat mengadu dan hanya dengan abang-abangnya sajalah tempat dia bergantung sekarang untuk menjalani sisa-sisa kehidupannya.
Tubuhnya semakin lama semakin susut, dia juga tidak mampu lagi berjalan kerana badannya begitu lemah, Imah juga sudah tidak mampu lagi makan benda-denda yang keras hanya bubur saja yang mampu ditelan, ruam dibadannya semakin bertambah, batuknya semakin teruk hingga mengeluarkan darah dia tahu inilah penghujung kehidupannya dan dia perlu menerima hakikat itu. Keadaannya bertambah teruk dan akhirnya dia terpaksa dimasukkan ke Hospital dan semasa dalam keadaan tenat inilah dia sempat menyampaikan wasiat kepada abangnya jika dia meninggal dunia dia tidak mahu dikebumikan di Felda dia tidak mahu tubuhnya menjadi bahan hinaan segelintir masyarakat di situ biarlah dia disemadikan di tempat lain. Setelah dua hari tidak sedarkan diri akhirnya Imah menghembuskan nafas terakhir di Subuh jumaat yang sunyi itu dan berakhirlah penderitaan seorang wanita yang teguh/tabah/sabar dalam menjalani kehidupannya dan berakhirlah juga segala umpatan/hinaan/cacian segelintir masyarakat yang cetek pengetahuan tentang AIDS.. Permintaan terakhir Imah untuk disemadikan di tempat lain ditunaikan dan jenazahnya telah diuruskan pihak hospital dan selepas di sembahyangkan jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan berhampiran Hospital tersebut
Buat Allahyarham Kak Rahimah.. semoga rohnya dicucuri rahmat

KISAH TELADAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH

SIKAP INGIN TAHU YANG MEMUSNAHKAN HIDUPKU

Dalam usia yang tinggal sisa ini ingin aku kongsikan kisah suka duka hidupku sepanjang 44 tahun ini. Zaman kanak-kanak dan remajaku berakhir begitu sahaja tanpa sebarang coretan kejayaan. Aku gagal menghadiahkan kegembiraan dan kebahagiaan buat ibu apatah lagi sebuah kejayaan buat ayah. Ayah menutup mata dalam keadaan belum sempat melihat aku pulih ke pangkal jalan. Sepanjang kehidupan, aku menghambakan hidup sepenuhnya kepada dadah. Sehingga ke usia begini sepatutnya aku sudah mempunyai isteri dan anak-anak yang sudah membesar. Tetapi aku gagal memperolehi itu semua! Aku tidak menyalahkan sesiapa di atas takdir yang menimpa aku tetapi disebabkan oleh sifat ingin tahu yang amat mendalam dalam diriku yang akhirnya memusnahkan kehidupanku.

Namaku Azli bin Hj Bakar (bukan nama sebenar). Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana di Batu Gajah, Perak. Ayahku merupakan seorang anggota polis manakala ibu seorang suri rumah sepenuh masa. Aku merupakan anak ke-2 dari empat orang adik beradik yang kesemuanya terdiri daripada lelaki. Antara adik beradikku yang lain semuanya telah berjaya dalam hidup mereka. Mereka mempunyai kerjaya yang sendiri dan hidup bahagia bersama keluarga masing-masing. Abang dan adik-adikku kesemuanya melibatkan diri dalam kerja-kerja pendawaian kabel elektrik dan mempunyai syarikat sendiri. 

Hanya aku seorang sahaja yang terbuang ke sana ke mari tanpa pedoman dan harga diri akhirnya aku terdampar di rumah Pengasih ini. Kini aku telah mencecah ke usia 44 tahun tetapi hidupku masih seperti seorang insan yang baru berumur belasan tahun kerana selama 32 tahun hidupku bergelumang dengan najis dadah. Sepanjang tempoh itu juga segala pemikiran dan perasaanku terhenti disebabkan oleh dadah yang aku ambil. Aku masih mencari warna dan sinar kehidupan tetapi aku tidak pasti dalam usia yang sebegini masihkah ada ruang untuk aku meneruskan kehidupan ini. 

Sewaktu kecil aku bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang Peguam tetapi disebabkan oleh pengambilan dadah aku telah ditangkap oleh guru ketika berada di tingkatan 5. Waktu itu aku belum sempat untuk mengambil peperiksaan SPM. Ketika itulah baru ayah dan ibuku tahu bahawa aku seorang penagih. Aku bukan sahaja penagih ketika itu tetapi aku juga sudah menjadi pengedar dadah sejak berusia 12 tahun. Ayahku sangat terkejut ketika itu, ibuku menangis semahu-mahunya. Apa yang boleh aku katakan ketika itu? Aku langsung tidak mempunyai sebarang perasaan kerana cintaku teramat kuat untuk dadah. 

Terlihat juga kekesalan di wajah ayah ketika melihat aku dihantar ke pusat pemulihan dadah yang pertama kali aku di tempatkan iaitu di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Mungkin ayah menyesal kerana mendidik dan membesarkan aku dengan penuh kekerasan dan disiplin yang tinggi akhirnya aku menjadi seorang penagih. Sebenarnya aku tidak tahan tinggal di rumah kerana terlalu ketat disiplin dan cara didikan ayah ala tentera. Aku masih ingat lagi ketika masih kecil, ayah mendidik kami dengan penuh ketegasan. Ayah seorang yang rigid dan terlalu tegas, bayangkan disiplin ayah sangat tinggi hinggakan bila waktu makan kami akan dimarahi jika kedengaran bunyi sudu. 

Selepas pulang dari sekolah aku disuruh pergi mengaji dan pada waktu malamnya ayah mengajarku membuat kerja-kerja sekolah sambil tangannya menggenggam rotan. Aku sebenarnya tidak suka dilayan begitu tetapi apa boleh buat ketika itu aku masih kecil dan tiada hak untuk bersuara. Mengimbau kembali sejarah penglibatanku dalam najis dadah yang dahulunya aku ibaratkan sebagai ‘kekasih’ sejatiku. Sebenarnya aku tidak pernah cuba untuk merokok bahkan tidak pernah mempunyai keinginan pun untuk merokok kerana dalam keluarga tidak seorang pun yang mempunyai tabiat merokok. Baik ayah, abang dan juga adik-adikku. 

Masih aku ingat lagi ketika itu peristiwa bersejarah negara berlaku iaitu 13 Mei, 1969, umurku ketika itu baru 9 tahun. Pada malam itu aku ke surau seorang diri. Sewaktu pulang dari surau aku ternampak beberapa orang dewasa sedang berkumpul di sebuah pondok. Disebabkan oleh perasaan ingin tahu aku terus menuju ke tempat itu. Setiba di situ aku tidak nampak apa-apa yang menarik yang membuatkan orang begitu ramai berkumpul. Hairan juga di dalam hatiku! Ye lah…dalam usia yang begitu muda apalah yang aku tahu tentang kehidupan di dunia ini. Aku melihat seorang remaja yang berada di situ memasukkan sesuatu ke dalam rokok daun dan menghisapnya. Remaja itu kelihatan begitu asyik sekali. Dari situlah timbulnya rasa ingin tahu lalu aku mencubanya. 

Malam itulah bermulanya episod kehidupanku yang telah menjerumuskan aku ke dalam alam penagihan dadah. Tanpa aku ketahui sebab dan akibatnya, ketika itu aku sudah bergelar seorang penagih ganja. Keadaan aku menjadi semakin ketagih dari sehari ke sehari akibat dari ganja yang aku ambil. Aku tidak menyalahkan keluarga dalam hal ini kerana sifat ingin tahu terlalu tinggi dan akhirnya sikap itu juga yang menjadi pemusnah kepada kehidupanku. Hari demi hari tahap ketagihan aku semakin bertambah. Semasa berusia 12 tahun aku mula mengenali heroin. Ketika itu aku tidak mengetahui langsung bahawa heroin ini akan merosakkan diriku dan membuatkan aku mengalami ketagihan yang amat sangat. 

Aku terus menjadi penagih sehinggalah aku merasakan aku tidak mempunyai wang dan sukar untuk mendapatkan bekalan. Wang yang dibekalkan oleh ayah tidak mencukupi untuk menampung keperluan aku untuk membeli dadah. Oleh itu, aku mula terfikir untuk menjadi pengedar. Waktu itu aku menjadi seorang pengedar bukan untuk mendapatkan wang tetapi hanyalah untuk mendapatkan bekalan itu sendiri. Aku mendapat ‘komisen’ di atas bekalan yang diedar. Contohnya, jika aku mengedar sepuluh paket, aku boleh mendapat ‘komisen’ sebanyak empat paket. Bagiku ia sudah memadai bagiku untuk menampung ‘keperluan’ harianku.

Aku terpaksa melalui kehidupan sebagai seorang penagih dan dalam masa yang sama aku seorang pelajar dan anak kepada seorang anggota polis. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua! Itulah pepatah bidalan yang boleh diumpamakan kepada diri aku. Ketika rakan-rakan lain sibuk mengulangkaji pelajaran untuk mengambil peperiksaan SPM aku telah dikesan oleh guru. Pihak sekolah telah menyerahkan aku ke Pusat Serenti di Bukit Mertajam. Sepanjang tempoh berada di pusat itu, bermacam-macam perasaan bercampur baur di dalam benakku. 

Perasaan menyesal, bersalah dan berbagai-bagai lagi yang menyelubungi hatiku. Selama dua tahun berada di sana aku dibebaskan setelah menjalani proses pemulihan. Aku kembali ke pangkuan keluarga. Aku bersyukur kerana ibubapa dan adik-beradikku yang lain menerima diri aku kembali. Sikap ayah juga berubah, dahulunya garang dan bengis kini tidak lagi. Ayah sudah mahu bercakap baik denganku dan sebagai seorang ayah nasihat tidak pernah lekang dari bibirnya. Untuk menjamin masa depan aku, ayah mencadangkan agar aku menyambung persekolahanku di sekolah swasta untuk mengambil peperiksaan SPM yang tertunda dua tahun lepas. Akupun menurut kehendak ayah tanpa ingin membantah. Aku bertekad kali ini aku tidak mahu sia-siakan hidupku lagi. Lalu aku memulakan kehidupan baru alam persekolahan dengan bersekolah di sebuah sekolah swasta. 

Tetapi keadaan ini tidak kekal lama. Seminggu dua aku melalui jalan-jalan yang pernah aku lalui dulu membuatkan aku teringat kembali kepada sejarah hidup penagihanku. Apabila aku terpandang pondok tempat aku dan ‘rakan-rakan’ menjalankan aktiviti aku mula tidak tentu arah dan mula rasa tidak tahan. Perasaan ‘gian’ tiba-tiba menghantui kembali diriku. Tanpa pengetahuan keluarga aku kembali menagih apabila berjumpa dengan rakan-rakan lamaku. Kehidupan aku menjadi seperti sebelumnya. Duit belanja yang diberikan ayah untuk kegunaan persekolahanku habis aku belanjakan untuk membeli dadah. Aku sudah lama tidak ke sekolah walaupun aku keluar lengkap dengan berpakaian uniform tetapi langkah aku terhenti di pondok tempat aku melepaskan gian.

Gerak-geriku sudah mula diketahui oleh ayah. Ayah mencuba berbagai-bagai cara untuk menghentikan aku daripada menagih dadah. Usaha ayah menggunung tinggi tetapi ketika itu aku langsung tidak berhasrat untuk berhenti. Setelah bermacam-macam cara yang diusahakan oleh ayah tidak berhasil, lalu ayah menyerahkan aku ke Pusat Serenti Serendah. Itulah kali ke dua aku memasuki pusat pemulihan. Sepanjang berada di sana aku melalui proses pemulihan yang sama dengan pemulihan yang pernah aku alami di Bukit Mertajam. Mungkin sudah biasa dengan keadaan itu perasaan bersalah dan menyesal yang dulunya menyelubungi diri aku kini tiada lagi. Aku mula merasakan ketagihan itu adalah sebahagian daripada kehidupanku. Tiada sebarang azam di dalam hati kecilku ketika itu untuk terus berhenti.

Setelah tamat tempoh aku dibebaskan dari pusat tersebut. Aku tidak terus pulang ke rumah tetapi kakiku terus melangkah ke ibu kota. Di Kuala Lumpur, aku merayau-rayau mencari pekerjaan untuk mendapatkan sedikit bekalan makanan. Aku singgah di gerai-gerai makan dan meminta untuk bekerja tetapi aku tidak diterima bekerja secara tetap tetapi aku hanya diterima bekerja sementara sahaja. Aku membantu penjual gerai mencuci pinggan dan sebagai balasannya dapatlah aku menikmati sepinggan nasi untuk mengisi perut aku yang seharian berkeroncong. Aku meneruskan usaha itu berhari-hari untuk meneruskan kehidupanku. Dari satu gerai aku berpindah ke satu gerai. Pada waktu malamnya aku menumpang tidur di masjid-masjid atau di surau-surau dengan mendapat keizinan siak yang menjaga di situ.


Dalam usaha untuk mencari kerja tetap aku telah berkenalan dengan seorang kawan dan telah membawa aku ke Johor untuk bekerja di sana. Di Johor, aku diterima bekerja sebagai seorang tukang masak di Universiti Teknologi Malaysia. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! Harapan aku untuk membina kehidupan yang baru tidak bertahan lama. Di Johor, nasib sekali lagi tidak menyebelahi aku, akhirnya aku terkandas lagi dalam ujian hidup ini. Ketika di Johor, aku mendapat seorang kawan yang juga seorang penagih. Akhirnya aku ikut menagih kembali. 

Aku tidak menyalahkan orang lain tetapi disebabkan oleh desakan dalaman yang amat kuat membuatkan aku tidak mampu untuk menolaknya. Di sana bekalan lagi mudah untuk didapati, lantaran aku menjadi pengedar sekali. Berbekalkan pengalaman yang ada adalah mudah untuk aku mendapatkan pasaran dalam masa yang singkat. Pendapatan aku ketika itu pernah mencecah sehingga RM 10 ribu sehari. Aku tidak menjadi tukang masak lagi kerana ‘profession’ aku ketika itu sudah mampu menjamin kehidupan dan bekalan untuk hidupku. 

Apabila bekalan mudah untuk didapati tahap toleranku juga bertambah. Kadang kala aku menyuntik heroin ke badanku hampir 20 kali sehari. Habis di lengan aku mencuba di paha. Pinggan dan perut juga menjadi tempat sasaranku. Habis ikhtiar aku pernah juga menyuntik di kepala. Kesannya lebih segera! Walaupun aku seorang penagih dadah aku tidak pernah lupa sembahyang dan sebelum menyuntik dadah aku acapkali akan ‘mengucap’ dahulu. Rakan-rakan juga pelik melihat kepada sikapku yang begitu kontra terdapat pada diriku. 

Sejarah penglibatan dalam najis dadah menyaksikan beberapa kali aku jatuh dan bangun semula. Aku pernah memasuki pusat pemulihan kerajaan sebanyak enam kali manakala pusat pemulihan swasta sebanyak dua kali. Rumah Pengasih ini merupakan kali ke dua menerima kehadiran aku. Dahulunya sewaktu aku telah pulih, aku berada di Rumah Pengasih ini sebagai seorang TC Program Manager. Apabila memegang jawatan tersebut, untuk beberapa ketika aku dapat bertahan tetapi setelah sekian lama aku tidak mampu lagi kerana silap ku juga. Apabila ada pelatih yang datang berjumpa dengan aku dengan seribu permasalahan aku tidak pandai untuk mengurus situasi itu. Aku tidak mahir untuk membezakan antara empati dan simpati. Aku mempunyai perasaan simpati melebihi empati menyebabkan diri aku sendiri yang tertekan dek permasalahan orang lain. Apabila menghadapi tekanan demi tekanan akhirnya aku kalah. Aku terpaksa mengambil dadah kembali untuk mengurangkan tekanan yang menyesak di dadaku. 

Kehidupan jatuh dan bangunku dalam dunia penagihan ini sudah menjadi biasa dan aku merasakan aku begitu sukar untuk dipisahkan dengan dadah. Di lewat-lewat usia begini pelbagai penyesalan yang datang menerpa ke benak dan pemikiranku. Kadang-kala timbul perasaan ingin memusnahkan terus diri ini. Aku pernah mencuba beberapa kali untuk membunuh diri dengan mengambil dos yang berlebihan tetapi Tuhan masih sayangkan aku. Sehingga aku begitu redza dan menerima yang seolah-olah aku tidak dapat hidup tanpa dadah. Pernah berkali-kali aku bangun di tengah malam berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar menghalalkan dadah ini untuk aku kerana percubaan untuk aku berhenti daripada menagih tidak pernah kesampaian.

Sepanjang kehidupan penagihan ini, pengalaman yang paling sukar untuk aku lupakan adalah lima tahun lepas di mana aku hidup dalam buruan polis selama sebulan. Aku merempat di sana sini dan hidup dalam ketakutan. Aku mengisi perut yang kosong dengan mencari sisa-sisa makanan buangan orang di dalam tong sampah. Minuman yang sering menghilangkan dahaga tekakku hanyalah air paip. Begitulah penderitaan yang aku alami selama sebulan itu akhirnya aku tertangkap juga. Polis giat menjalankan operasi untuk menangkap aku disebabkan oleh kegiatan pengedaran dadah yang aku lakukan. Aku terfikir juga jika aku menghisap dadah akhirnya aku akan mati. Menjadi pengedar jika ditangkap juga aku akan mati. Jadi aku tidak kisah kepada hukuman tersebut. Jika dilihat kepada permintaan dadah kebanyakkannya daripada orang Melayu sendiri. Jika aku tidak mengedar pun mereka pastinya akan mendapatkan bekalan dari bangsa asing.

Setelah ditangkap, akhirnya aku dikenakan hukuman dibuang daerah ke sebuah daerah terpencil di Utara Semenanjung selama dua tahun. Selama berada di sana aku cukup insaf dan sedar betapa hidup yang aku lalui bersama najis dadah selama ini hanyalah sia-sia. Hidupku kosong, jiwaku hambar! Diri aku diibaratkan seperti bangkai bernyawa. Aku benar-benar merasai betapa bodohnya aku semasa dahulu kerana tidak mengenal dan dapat berfikir antara sesuatu yang baik dan sesuatu yang buruk. Di saat ini barulah aku sedar bahawa didikan ayah yang tegas dan berdisiplin itu ada baiknya. Ayah sebenarnya ingin melihat aku menjadi seorang insan yang baik dan berjaya. Tetapi silap itu semua terletak pada diriku sendiri.



Renungan dan Pesanan Untuk Remaja dan Masyarakat

• Aku ingin menyampaikan pesanan kepada seluruh remaja yang belum terlibat atau terjebak dengan dadah janganlah sesekali ingin mencuba. Kerana sikap ingin tahu yang berlebihan kepada dadah akan memusnahkan kehidupan kita sendiri dan membuatkan kita merana seumur hidup. 
• Langkah untuk melibatkan diri dengan dadah amat mudah sekali tetapi untuk keluar daripadanya amat sukar sekali. Oleh itu, remaja janganlah mudah terleka dan terpesona dengan kehidupan yang penuh dengan kepalsuan. Janganlah sekali-kali cuba untuk mendekati dadah kerana padahnya begitu azab sekali.
• Ikutlah nasihat dan kata-kata ibubapa kerana mereka tidak akan mensia-siakan hidup kita. Janganlah berbantah-bantah dan tidak mahu mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka. Tidak ada seorang pun ibubapa di dunia ini yang menginginkan anak mereka menjadi tidak berguna. Oleh itu, yakinlah bahawa apa sahaja tindakan ibubapa adalah untuk kebahagiaan kita. Ingatlah para remaja sekalian “Syurga Itu Di Telapak Kaki Ibu
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"

FAKTA DADAH : OPIAT

OPIAT
  • bahan perubatan untuk menidurkan / melegakan kesakitan.
  • mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.
Bentuk
  • Asli
    • candu
    • candu mentah
    • candu masak
    • tahi candu
Cara pengambilan
  • Dihisap dengan paip
  • Telan
  • Makan
Tanda Pengambilan
  • Khayal / Halusinasi
  • Euforia / Kesugulan
  • Pemikiran / Pertimbangan berkurangan
Kesan Pengambilan
  • Jangka masa pendek
    • mengantuk
    • badan menjadi lemah
    • mengalami gangguan jiwa
  • Jangka masa panjang
    • Ketagihan
    • Kelemahan fizikal dan mental
Bentuk
  • Morfin
    • White powder
    • White stuff
    • Morfin mentah
    • Base morfin
    • Pil morfin
Cara Pengambilan
  • Dicairkan
  • Disuntik ke dalam pembuluh darah dengan jarum suntikan
Tanda Pengambilan
  • Pergerakan tidak seimbang
  • Tindak balas lambat
  • Mata hitam mengecil
  • Hidung berair
  • Mual / Muntah
  • Hilang selera makan
Kesan Pengambilan
  • Jangka masa pendek
    • Rasa resah
    • cirit - birit
    • sakit perut
    • rasa sejuk
    • berpeluh
  • Jangka masa panjang
    • HIV/AIDS 
    • Gangguan jiwa
    • lebih dose, mati.
Bentuk

  • HEROIN NO.3
  • HEROIN NO.4
  • BROWN HEROIN
  • HEROIN BLACK TAR
  •  KODEIN.
Cara Pengambilan
  • Masuk dalam rokok
  • dihisap
  • chasing the dragon
  • disuntik
  • dicair
  • Diminum dlm ubat batuk
Tanda pengambilan
  • Muka jadi merah
  • mata hitam menjadi kecil tiada pertimbangan
  • hilang selera makan
  • bersifat hyperaktif
  • bertambah risau dan terlalu sensitif
  • tekanan darah
  • suhu badan
  • diameter anak mata mengalami perubahan
  • keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif.
Kesan pengambilan
  • Jangka masa pendek
    • Tanggapan Menjadi kurang terang
    • tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar
    • bingung/ berkelakuan seperti orang mabuk
    • Ambil berlebihan kekejangan
    • tiada wujud muforia
    • menjadi ketagih
    • berlebihan kepada dadah pengurusan diri lebih mudah
  • Jangka masa panjang
    • Hepatitis
    • Kancing gigi
    • Keracunan darah
    • HIV / AIDS
    • Mati

Khamis, 16 Disember 2010

Talian Aduan AADK

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia...

Bagi rakyat seluruh negeri Perlis....

Sekiranya sesiapa yang melihat aktiviti - aktiviti penyalahgunaan dadah di seluruh kawasan negeri Perlis,
anda boleh menyalurkan maklumat anda ke talian 04-9492204 (Padang Besar), 04-9385064 (Beseri),          04-9770268 (Pusat Khidmat AADK Kangar). segala kerjasama anda amatlah kami hargai...

Pencegahan Antidadah: Sejauh mana keberkesanan program pencegahan dadah di Malaysia

Assalamualaikum, selamat petang dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, Malaysia masih lagi aman tanpa berlaku pertumpahan darah sepanjang 53 tahun kemerdekaan negara. Dan bersyukur kerana pentadbiran negara masih dikuasai oleh umat Islam.

Secara umumnya, AADK merupakan agensi kerajaan utama dalam membanteras musuh no. 1 negara. Pelbagai program dan usaha telah dilakukan oleh AADK dalam merealisasikan cita - cita negara termasuklah pelbagai program pencegahan di segenap masyarakat.

Namun, Sejauh mana program pencegahan tersebut tercapai.

saya menjemput seluruh kawan dalam facebook untuk membincangkan isu ini.....