Ahad, 14 November 2010

Cure & Care 1 Malaysia Clinic Bukit Mertajam

Assalamulaikum, Salam 1 Malaysia,
Untuk perhatian seluruh pengunjung Blog UASPB, AADK Malaysia telah mewujudkan Cure & Care 1 Malaysia Clinic di Bukit Mertajam menggantikan PUSPEN Bukit Mertajam bermula 15 Oktober 2010.

Sehubungan itu, untuk informasi lanjut sila layari laman web rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan di http://www.adk.gov.my/

Bersama membasmi dadah.
UASPB.

Selasa, 9 November 2010

Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 Part 2

  • Seksyen 5 - Obligasi Penagih Dadah Yang Disyaki Untuk Menjalani Prosedur Ujian.
    • Hendaklah merelakan dirinya menjalani ujian ( Di bawah Seksyen 3 atau 4).
      • Pegawai
      • Pegawai Perubatan Kerajaan
      • Pengamal Perubatan Berdaftar
      • Orang yang bekerja di bawah pengawasan mereka di atas.
    • Kesalahan
      • Tidak memahami kehendak / arahan pegawai di atas boleh dipenjara tidak lebih 3 bulan atau denda atau kedua - dua.
  • Seksyen 6 -Perintah Majistret yang Boleh dibuat keatas penagih dadah.
    • Diperakui penagih dadah dan di bawa ke hadapan majistret oleh Pegawai Pemulihan.
    • Menjalani rawatan dan pemulihan selama 2 tahun dan pengawasan selama 2 tahun.
    • Diletakkan di bawah pengawasan di bawah pengawasan seorang pegawai selama tempoh 2 - 3 tahun.
    • Syarat perintah pengawasan di bawah seksyen 6 (1)(a) & (b)
      • tinggal di dalam negeri atau wilayah persekutuan.
      • tidak boleh meninggalkan kawasan tanpa kebenaran ketua pengarah.
      • melaporkan diri di balai polis.
      • tidak mengambil, mengguna atau memiliki dadah berbahaya.
      • menjalani ujian.
      • menjalani program pemulihan penagih dadah.
    • Tidak mematuhi syarat seksyen 6(2)
      • melakukan kesalahan di bawah akta ini, hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun atau tidak lebih 3 sebatan atau kedua - duanya sekali.
  • Seksyen 8 - Prosedur Rawatan & Pemulihan Penagih Dadah Menjalani Dengan Sukarela.
    • Boleh memohon kepada Pegawai Pemulihan.
    • Boleh membuat perkiraan memohon menjalani ujian - Pegawai Pemulihan.
    •   Diperakui penagih dadah.
      • menjalani rawatan dan pemulihan selama 2 tahun dan pengawasan selama 2 tahun oleh seorang pegawai.
      • Pengawasan di bawah Pegawai Pemulihan selama 2 - 3 tahun.
  • Seksyen 9 - Prosedur Rawatan & Pemulihan Penagih Dadah Yang Belum Dewasa Dan Bantuan Dikehendaki.
    • Ibu bapa atau penjaga boleh memohin kepada Pegawai Pemulihan dirawat atau dipulih.
    • Membawa orang belum dewasa ke pegawai pemulihan.
    • peruntukan seksyen 8 digunapakai.

Fakta Umum : Akta 283 : Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983 Part 1

  • Matlamat:-
Suatu fakta membuat peruntukan mengenai rawatan pemulihan penagih - penagih dadah dan perkara - perkara yang berkaitan dengan akta ini.

Diwarta                        16 April 1983
Pindaan Akta A018      19 Mac 1998

  • Penagih Dadah
Seseorang yang melalui penggunaan apa - apa dadah berbahaya mengalami:-
  1. Suatu keadaan psikik dan kadangkala keadaan fizikal yang dicirikan gerak balas tingkah laku dan gerak balas lain.
  2. Yang meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala.
  3. Mengalami kesan psikiknya dan mengelakkan ketagihan kerana ketiadaan dadah.
  • Seksyen 2 - Tafsiran
 A.  Menteri - Menteri Keselamatan Dalam Negeri
 B.  Pegawai - Pegawai Polis
                     - Pegawai Pemulihan

C. Ujian - ujian 
    -semua perbuatan atau prosedur yang dijalankan bagi menentukan sama ada seseorang itu penagih dadah.

  • Seksyen 3 - Penahanan Penagih Dadah Yang Disyaki  Untuk Ujian - ujian.
    • Kuasa menahan dalam jagaan
      • Pegawai Polis
      • Pegawai Pemulihan
    • Dengan munasabah disyaki penagih dadah boleh ditahan
      • Tempoh tidak lebih dari 24 jam.
      • Tempat yang sesuai menjalani ujian.
  • Seksyen 4 - Membawa ke hadapan majistret jika ujian - ujian tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam.
    • Ujian tidak dapat dijalankan, disiapkan atau keputusan tidak dapat diperolehi dalam tempoh 24 jam.
      • Bolehlah dilepaskan dengan jaminan seorang pegawai.
      • Bolehlah dibawa ke hadapan majistret. Jika perlu Majistret memerintahkan ditahan selama tidak lebih dari 14 hari. Majistret boleh melepaskan dengan jamin untuk menerima keputusan ujian.

Penyalahgunaan dadah

PENYALAHGUNAAN DADAH

Apa itu dadah?
Dadah yang disalahguna.
Bagaimana mengenali suspek itu menyalahgunakan dadah?
Apakah diantara tanda-tanda yang selalu diperkatakan bahawa seseorang itu penagih dadah?
Mengapa penagih dadah perlu rawatan?
Apakah jenis rawatan yang boleh diperolehi?
Bagaimana dan dimana boleh mendapat bantuan jika dia sudah terlibat?
Bagaimana seseorang itu mengelakkan diri dari terlibat dalam penagihan dadah?


Apa itu dadah?

  • Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan.
  • Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor.
  • Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Dadah/bahan tersebut termasuk :
    • Alkohol dan tembakau
    • Ubat tidur
    • Ganja
    • Gam
    • Ekstasi
    • LSD
    • Heroin
    ekstasi

Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?

Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan dadah?

Ketagihan ialah satu keadaan bila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami kegianan.

Apakah itu gian?

Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindakbalas samada mengurangkan keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku. Gejala ini termasuk berkeinginan yang melampau untuk mengambil dadah.

Apakah itu toleran?

Toleran berlaku apabila seseorang individu perlu menambah dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi mendapat kesan yang sama Keadaan ini juga dikenali sebagai penggantungan fizikal.

Apakah itu pergantungan?

Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini termasuk penggantungan fizikal, psikologikal dan kegagalan menangani tabiat harian.

Dadah yang disalahgunakan.

Apakah jenis dadah yang biasa disalahgunakan?
  • Kumpulan Narkotik :
    • Candu/Opium
    • Morfin/Morphine
    • Heroin
    • Kodein/Codeine
  • Perangsang/Stimulants or 'speeds' :
    • Ekstasi
    • Amfitamin/Amphetamin
    • Kokain
  • Hallucinogens :
    • LSD
    • PCP atau "angel dust"
  • Inhalants :
    • Aerosol
    • Gam
  • Marijuana / Cannabis :
    • Grass
    • Ganja
    • Hashish

Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?

Penagih dadah :
  • Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah.
  • Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.

Apakah tanda - tanda yang biasa diperkatakan bahawa seseorang itu penagih dadah?

Penagih dadah boleh :
  • Ponteng sekolah
  • Disiplin menurun
  • Tercicir dari persekolahan
  • Mengasingkan diri dari murid lain
  • Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dsb)
  • Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan
  • Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menurun
Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :
  • Mata merah
  • Bekas suntikan di lengan
  • Suka berhutang
  • Mencuri barang yang mudah dijual


Mengapa penagih dadah perlu rawatan?

Penagih dadah perlu dibantu untuk berhadapan dengan :
  • Simptom-simptom yang tidak selesa dan juga boleh membawa maut akibat gian yang keterlaluan
  • Masalah sosial yang timbul disebabkan penagihan dadah

Apakah jenis rawatan yang boleh diperolehi?

Bantuan profesional adalah diperlukan dalam bidang :
  • Kaunselling
  • Detoksifikasi
  • Pemulihan
Sokongan masyarakat dan keluarga sangat penting untuk membantu penagih membebaskan diri dari cengkaman dadah.

Bagaimana dan di mana bantuan boleh diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat dengan penagihan dadah?

  • Berbincang dengan :
    • Ibu bapa
    • Guru kaunseling
    • Guru
    • Kawan/sahabat yang dipercayai
    • Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS)
    • Doktor
  • Kumpulan penyokong
  • Pegawai Kebajikan Masyarakat
  • Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)

Bagaimana seseorang itu mencegah dari menagih dadah?

  1. Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat yang betul :
    • Mengetahui bahaya dadah
    • Mengetahui mitos mengenai dadah
  2. Peka dengan persekitaran anda.
    • Ahli Keluarga/ peraturan rumah
      • Memahami peradaban di rumah seperti tidak meniru perlakuan orang yang lebih tua
    • Peraturan sekolah
      • Pilih kawan yang betul
      • Hubungan dengan ahli komuniti
      • Jauhkan diri dari kawasan yang berisiko
      • Mengetahui di mana ada kemudahan yang boleh dimanafaatkan
    • Acara masyarakat (kelab/perhimpunan sosial) :
      • Berwaspada selalu
  3. Belajar bagaimana untuk berkata "TIDAK".
    • Ketegasan

BAHAYA DADAH

Post  
Dadah Dan Ciri-cirinya

"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);

2. digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

3. diperlehi secara haram;

4. membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;

5. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Jeni-jenis Dadah

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;

b)Kanabis - ganja, hashish;

c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;

d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan

e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.


Back to top
Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

* akibat keatas penagih
* akibat keatas keluarga penagih
* akibat keatas masyarakat dan
* akibat keatas negara


Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.


Akibat Ke Atas Masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.


Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-

* Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
* Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
* Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
* Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
* Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
* Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .


Dadah haram di sisi Islam

Bersama Dr. Amran Kasimin

SOALAN:
Telah dua kali saya masuk pusat pemulihan dadah, tetapi setiap kali keluar saya masih menghisap dadah. Sekarang ini saya tidak lagi pergi ke pusat rawatan. Saya terpaksa pergi ke balai polis setiap bulan untuk pemantauan, tetapi masalah saya tidak juga selesai. Saya masih menghisap dadah.
Apakah cara terbaik untuk orang seperti saya mengatasi masalah ini?- IKRAM KARDI, Banting, Selangor.
JAWAPAN:
 Banyak perkara penting yang perlu saudara insafi dalam usaha memulihkan diri. Kesemuanya bergantung pada diri sendiri, iaitu keazaman saudara untuk pulih. Keazaman untuk pulih ini pula bergantung pada kekuatan untuk menahan diri daripada menghisap atau mendekati dadah.
Biar apa usaha dan ikhtiar dilakukan oleh kerajaan atau keluarga, namun sekiranya saudara tidak berupaya menjauhkan diri daripada dadah, semua usaha itu akan gagal dan punah sama sekali tidak ubah seumpama robohnya istana pasir di tepian pantai. Untuk berhenti menagih dadah, seseorang itu mesti sedar bahawa dadah itu haram hukumnya di sisi Islam. Sesiapa yang terlibat dengan dadah bererti mereka melakukan perbuatan haram.
Dalam konteks ini, biarpun kebanyakan mereka yang terlibat dengan dadah itu tidak mengira halal atau haram, saya kira saudara tetap berupaya menyedari tentang hukum ini kerana saudara masih mempunyai kesedaran untuk mengatasi masalah yang sedang ditanggung. Perkara lain yang penting dan perlu diinsafi ialah kesedaran tentang keburukan dadah terhadap diri orang yang terlibat. Dalam masyarakat Malaysia, perkataan ``dadah'' merujuk kepada dadah yang telah disalahgunakan.
Dadah adalah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.
Ia mempunyai kesan yang jelas pada sistem saraf pusat, iaitu otak dan saraf tunjang. Yang paling teruk ialah berlakunya penggantungan fizikal dan psikologikal menyebabkan meningkatnya daya tahan terhadap dadah.  Saudara tidak menjelaskan jenis dadah yang saudara ambil yang menyebabkan berlakunya ketagihan sama ada ia jenis heroin, morfin, ganja, kokain atau sebagainya.  Apa yang jelas ialah bahan najis yang saudara ambil itu, yang saudara sendiri pun tidak tahu jenisnya, menyebabkan saudara terus-menerus bergantung kepadanya. Saudara mengalami gian atau mengidam untuk mengambilnya kononnya bagi mendapatkan ketenangan jiwa.
Selain menyebabkan berlakunya pergantungan psikologikal, juga terjadi pergantungan fizikal di mana akan berlaku tanda-tanda tertentu dari segi tingkah-laku dan fizikal ketika saudara mengambilnya seperti sakit perut, menggeletar, muntah dan sebagainya. Semakin banyak saudara mengambil dadah, semakin kuat pengambilan dadah itu akan menjadi sebahagian daripada hidup dan ia akan mengatasi keperluan hidup yang lain, termasuk keperluan makan dan minum, lalu akhirnya seseorang itu terasa terdesak atau gian untuk menggunakan dadah, lebih-lebih lagi apabila saudara cuba mengurangkan atau berhenti daripada menagih, lalu akhirnya saudara tidak dapat mengawal jumlah dadah yang diambil dan kekerapannya. Dengan demikian tarikan atau kecenderungan menagih terus-menerus berlaku, biarpun setelah saudara berhenti mengambil dadah untuk beberapa waktu.
Kesan dadah yang diambil bergantung kepada individu yang terlibat, iaitu tertakluk kepada jenis dadah dan jumlah yang digunakan. Jumlah (dos) yang sedikit memberi kesan yang berbeza berbanding kesan dos besar. Dos sedikit mungkin menyebabkan seseorang itu mengantuk atau euforia berbanding dengan mereka yang mengambil dos besar yang boleh menyebabkan kesukaran pernafasan dan mungkin membawa maut. Begitu juga dengan cara mengambil seperti hidu, ditelan ataupun dengan campuran lain. Kekerapan juga ada kaitan dengan umur, daya ketahanan diri dan lain-lain termasuk jantina. Perbuatan mengambil dadah hukumnya haram. Setiap sesuatu yang diharamkan oleh agama, mudaratnya begitu banyak pada diri, menyebabkan batuk, selain mengakibatkan penyakit bronkitis, sakit dada, asma dan akhirnya boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Dunia sendiri
Manusia yang terlibat dengan dadah akhirnya akan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka akan menjauhkan diri daripada masyarakat dan hanya bergaul dengan kumpulan penagih dadah, penjenayah dan juga penipu. Semua tugas akan terabai sama ada di tempat kerja, dalam keluarga atau ketika belajar. Badan penagih menjadi kurus, malas, tidak bertenaga dan berada dalam khayalan, kehilangan tenaga seks, pitam, berperasaan ganas dan juga menyebabkan kematian jika mengambil dadah berlebihan. Ketahanan diri menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Cara terbaik yang perlu dilakukan oleh saudara, dan juga oleh mereka yang terjebak dengan najis dadah, ialah memberhentikan amalan mengambil dadah.  Pastinya memberi formula seperti ini begitu mudah, tetapi tidak mudah untuk melakukannya setelah seseorang ketagihan.
Memang disedari bahawa tidak mudah untuk menghentikannya, tetapi kalau saudara mahu selamat di dunia dan di akhirat, saudara terpaksa berhenti, bertaubat dan tidak mengambilnya. Sekiranya tidak, penagih akan berakhir dengan kemusnahan, kematian akibat mengambil dadah yang berlebihan ataupun dijangkiti virus HIV.Maruah keluarga penagih dadah akan tercemar. Keluarga terpaksa menanggung beban dan wang yang banyak untuk merawat ketagihan itu. Harapan keluarga musnah dan rumah tangga akan porak-peranda. Selain itu kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mengatasi masalah ini, sama ada kos nyata atau tidak nyata, termasuklah kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi, kos menyediakan kemudahan rawatan, menyelenggara program pencegahan, kerugian akibat kegiatan jenayah, juga kos penguatkuasaan. Semua ini ditanggung oleh kerajaan yang melibatkan wang rakyat.
Saudara perlu sedar bahawa golongan terbesar yang terlibat dengan masalah dadah ialah golongan belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal menggantikan pemimpin yang ada sekarang. Sebilangan besar mereka yang terlibat berumur antara 20-29 tahun, iaitu lebih kurang 65 peratus daripada keseluruhan bilangan penagih. Adalah sesuatu yang mengerikan apabila memikirkan bahawa bilangan penagih dadah sering bertambah peratusnya, padahal mereka yang berjaya dipulihkan di pusat-pusat pemulihan dan kembali ke pangkuan masyarakat tanpa bebas daripada dadah begitu kecil bilangannya.
Dadah memusnahkan segala-galanya. Memusnahkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Orang yang terus-menerus ketagih, tidak kira apa puncanya sama ada kerana kena tipu, kerana berseronok-seronok, pengaruh rakan, mengambil dadah dengan tidak sengaja, ataupun untuk mengatasi masalah tekanan jiwa akan bergantung kepada dadah secara psikologikal dan juga fizikal. Dalam masa yang sama daya tahan diri (tolerance) kepada dadah akan meningkat apabila dos yang selalunya diambil tidak memberi kepuasan untuk mengatasi ketagihan tadi.  Kerana itu dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan. Ketika ini penggunaan dadah menjadi bahagian penting yang mengatasi keperluan-keperluan lain. Apabila ini berlaku, dadah mengatasi segala-galanya, menyebabkan individu yang terlibat akan mencari dadah dengan apa cara sekalipun, biarpun ke peringkat membunuh ibu dan sendiri. Orang yang terus-menerus terlibat dengan dadah tidak ubah umpama kayu gapuk yang bergerak. Kewujudannya hanya memperbanyakkan bilangan rakyat sesebuah negara, padahal hakikatnya mereka tidak berfungsi, malah menjadi beban kepada masyarakat. Kesedaran seumpama ini perlu dimiliki oleh orang yang terlibat dengan dadah. Dan saya berkeyakinan bahawa saudara masih mempunyai peluang untuk bertindak bijak hasil daripada keinsafan tadi. Insya-Allah dengan hidayah dan pertolongan Allah, saudara akan diberi kekuatan untuk mengelakkan diri daripada terus menghampiri najis dadah.
Saudara perlu insaf bahawa hanya Allah yang boleh menolong saudara. Pertolongan saudara pula banyak bergantung kepada tindak-tanduk saudara. Saudara perlu sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan.
Manusia sama ada mereka yang terlibat di pusat-pusat pemulihan ataupun mereka yang dipertanggungjawabkan dengan pemantauan di balai-balai polis tidak berupaya memerhatikan saudara sepenuh masa. Kerana itu sekiranya saudara berhenti mengambil dadah sehari atau dua hari sebelum diperiksa atau melaporkan diri di balai, sedangkan pada hari yang lain saudara berterusan mengambil dadah, saudara janganlah menganggap bahawa diri saudara itu bijak, kelihatan sihat, segar dan tidak terdapat bukti-bukti adanya dadah.  Tindak-tanduk seumpama ini adalah menipu diri sendiri. Saudara tidak ubah menanti kayu-kayu gapuk yang tidak bermaya tetapi masih mempunyai kudrat bergerak untuk memusnahkan diri sendiri.

Mingguan Malaysia 29/9/02

Faktor remaja terlibat dadah

PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama.
Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini.
Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah.
Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah.
Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap.
Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain. Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi-institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008).
Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang menggunakan dadah untuk lebih berfokus kepada alasan pelajaran.
Juga kerana tekanan untuk bersaing sesama mereka, tempat menggunakan dadah di apartmen mewah, disko dan pusat-pusat hiburan, penagih dadah berpenampilan kemas dan menyakinkan.
Mereka menggunakan dadah untuk mendapat keberanian melakukan jenayah seperti meragut dan juga terlibat dalam samseng jalanan, atau menggunakan dadah sebagai alat bersosial seperti di majlis (sex-party).
Di sekolah, pelajar bermasalah dan selalu ponteng kadang-kadang mengubah trend dengan menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk mencari pelanggan dengan mengedar kepada rakan-rakan di sekolah yang membawa wang saku untuk belanja di kantin dan mudah mendapat wang tunai.

Jenis Dadah dan Ciri-ciri Penagih

Heroin Ciri-ciri penagih:Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

MorfinCiri-ciri penagih:Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas
Candu: Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Ganja
Ciri-ciri penagih:
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sugul

Syabu
Ciri-ciri penagih:Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Ecstacy/MDMA
Ciri-ciri penagih:
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
Ketamin
Ciri-ciri penagih:Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

Selamat datang ke laman blog Unit Antidadah Sempadan Padang Besar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
Bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala kerana dengan izinnya dapatlah penulis menyiapkan laman blog UAS Padang Besar ini.

Saudara saudari yang budiman,

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.

Penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan adalah untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.